Einzeltitel
Adakah Quran mempromosikan keamanan dan harmoni atau
pertelagahan dan pertembungan? Adakah ia menyumbang ke arah
pluralisme atau eksklusivism? Adakah pesannya bersifat
kerohanian atau kefanatikan?
Dengan menghidangkan, berasaskan tafsir Sufi tradisional,
sebuah penelitian terhadap kesejagatan risalah tauhid dalam Quran
dan kesan dari kesejagatan ini terhadap dialog antar-iman,
buku ini cuba menunjukkan bahawa sekiranya wacana Quran
dinilai dan dihargai secara mendalam menerusi aspek kerohaniannya,
maka ia boleh dan sememangnya berfungsi sebagai
pencegah kepada kefanatikan yang bertopengkan
kewarakan sebagai Muslim.